THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
HUBUNGI
0199014774
adlynnanggoras@yahoo.com

JUMLAH KUNJUNGAN

Friday, May 7, 2010

JANGAN SANTAU...

Santau merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.

Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman . Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca , serbuk Ipoh , bisa besi , dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah , pitam , pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.

Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.

Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.


isk!!! zaman sekarang ader lagi ke org2 yg buat kerja2 x bertamadun mcmnih...

hmm kalo ader...bawak2 la betobatttt


Tanda-tanda Terkena Santau:

Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:

  • Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
  • Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
  • Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
  • Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.Lenguh seluruh anggota badan.
  • Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.
  • Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
  • Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.
  • Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
  • Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.
  • Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.

Kesan-kesan Santau:

Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:

  • Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.
  • Hilang daya ingatan.
  • Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.
  • Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.
  • Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.
  • Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.
  • Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.
  • Terjadinya kanser dan ketumbuhan.
  • Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.

0 comments: